pecahan bercampur nak tolak dengan pecahan biasa macam mane?
1 Answers
Sayyid
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai answered Monday, 24th March 2014 Report
okay, ni caranya 1. tukarkan 'pecahan bercampur' tersebut kepada 'pecahan biasa'.(jangan buat apa2 lg pd 'pecahan biasa') 2. samakan penyebut (bahagian pada bawah pecahan) kedua-dua pecahan tersebut (darab bahagian atas & bawah pecahan dgn apa2 nombor yg sesuai, biasanya 2 atau 3 supaya nilai penyebut menjadi sama. 3 tolak nombor di bahagian atas (yang kiri tolak yang kanan/ tolak macam biasa), bahagian bawah jangan tolak(biarkan) 4 jawapan bahagian atas pecahan seterusnya menjadi bahgian atas pecahan yg baru dan nilai penyebut yg telah disamakan tadi menjadi bahagian bawah pecahan(penyebut)- itulah jawapannya * kecilkan lagi pecahan kalau nilai pecahan besar. cuba bahagi bahagian atas dan bawah pecahan dgn 2 atau 3. Kalau atas dan bawah boleh dibahagi tanpa ada baki, jawapan yang lebih kecil adalah jawapan terakhir bagi soalan tersebut.