16
answers
682
user views

Form 5 :: Agama Islam

by Aween - Tuesday, 21st January 2014

Report Post Answer

apakah hukum melewatkan solat
16 Answers
  • Aween
    Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam
    answered Tuesday, 21st January 2014
    Report
    x boleh

  • Muhammad Ashraffi
    Sekolah Kebangsaan Sri Mersing
    answered Tuesday, 21st January 2014
    Report
    boleh klu ade hal yang x dapat dielakkan .. tapi , lebih baek jgan .

  • Nur
    Sekolah Kebangsaan Telok Sengat
    answered Friday, 24th January 2014
    Report
    dosa

  • Nur
    Sekolah Kebangsaan Telok Sengat
    answered Friday, 24th January 2014
    Report
    makruh

  • Emilya
    Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa
    answered Saturday, 1st February 2014
    Report
    dari segi hukumnya x digalakkan sbb takut2 time kte lewatkan solat tu, kita tetiba mati... tula sbbnya orng kata solat diawalkan

  • Mohammad Haziq Adha
    Sekolah Kebangsaan Kompleks Klia
    answered Saturday, 15th February 2014
    Report
    hukumnya berdosa

  • Barkeh
    Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar
    answered Saturday, 15th February 2014
    Report
    sebaik-baiknya jangan!!

  • Barkeh
    Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar
    answered Saturday, 15th February 2014
    Report
    sebaik-baiknya jangan!!

  • Wann
    Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn
    answered Wednesday, 19th February 2014
    Report
    berdosa . terutamanya jika solat maghrib . dosanya sama seperti berzina dengan ibu bapa sendiri .

  • Nur Adiani Nabilah
    Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7
    answered Saturday, 22nd February 2014
    Report
    melewatkan dengan sengaja hukum haram!........melewatkan dgn sebab mempunyai urusan yang penting hukumnya makruh

  • Adzim
    Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib
    answered Wednesday, 5th March 2014
    Report
    Ramainya mufti disini

  • Amiru
    Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang
    answered Saturday, 29th March 2014
    Report
    haram

  • Azirrahman Mohamed
    Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
    answered Tuesday, 13th January 2015
    Report
    Salam

    Abdullah bin Mas'ud telah bertnya kpd Rasulullah SAW: "Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kpd kedua ibubapa." "Kemudian apa lagi", tnya Abdullah. Jawab Rasulullah, "Berjihad di jalan Allah SWT." - Riwayat Bukhari & Muslim.

    Sy ingin bertnya sekiranya melewatkan/melambatkan solat adakah ianya menjadi makruh, membawa ke dosa kecil atau bagaimana? Minta kpd panel mahir menjawabnya, insyaallah. Syukran..
    _________________

    wa'alaikumussalam

    Alhamdulillah. Berikut adalah matan hadith tersebut :-

    Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi saw :-

    . ?? ????? ???? ? ??? : ?????? ??? ??????? ??? : ?? ?? ? ??? : ?? ?? ???????? . ??? : ?? ?? ? ??? : ?????? ?? ???? ????

    "Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782]

    Hadith diatas ini menjelaskan bahawa solat fardu hendaklah dilakukan pada waktu-waktunya. Ia menjadi makruh (menurut setengah2 ulama') apabila seseorang yang melewatkan solat itu meninggalkan solat berjemaah, dan boleh menjadi haram jika dia bersolat pada waktu-waktu yang diharamkan bersolat. Untuk perbincangan yang lebih lanjut, sila lihat tautan dibawah :-

    Sekian, wassalam
    ----------------

    Salam,

    Apakah SAMA AZAB MENINGGALKAN SOLAT IAITU X SOLAT dengan AZAB MELENGAHKAN SOLAT TETAPI MASIH SOLAT DALAM WAKTUNYA?
    ------

    wa'alaikumussalam

    Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

    Meninggalkan solat dan melengahkan solat merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja terdapat dua padangan ulama' :

    a. Ada ulama' yang mengatakan tidak menjadi kufur secara mutlak, akan tetapi telah melakukan dosa besar, selama-mana dia masih menganggap solat itu wajib.

    b. Ada dikalangan ulama' yang berpendapat bahawa mereka yang meninggalkan solat telah dianggap sebagai terkeluar dari Islam. Sabda Nabi saw :-

    ????? ???? ????? ?????? ?????? ??? ????? ??? ???

    "Batasan diantara kita dan mereka adalah SOLAT. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kufur" [Hadith riwayat Imam Ahmad].

    Didalam bab melengahkan solat, perkara utama yang dibincangkan ulama adalah mereka yang melakukan solat diluar waktu solat tersebut. Ulama sepakat bahawa adalah HARAM bagi seseorang yang melewatkan solat sehingga habis waktu solat tersebut, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara' [al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah,10/8]. Setiap solat itu ditetapkan pada waktu-waktunya, firman Allah swt :-

    ????? ?????????? ??????? ????? ?????????????? ???????? ??????????

    "Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103]

    Sebab-sebab yang dibenarkan syara' termasuklah seseorang iru melakukan jama' takhir dengan kebenaran yang dibenarkan oleh syara' dan akibat tertidur atau terlupa. Melenggahkan solat sehingga habis waktu solat tersebut juga boleh dikategorikan sebagai sengaja meninggalkan solat sebagai hukum diatas tadi.

    Solat diakhir waktu

    Akan tetapi, jika solat tersebut masih dilakukan pada waktunya dan tidak termasuk didalam waktu-waktu yang diharamkan bersolat, maka perbuatan tersebut tidaklah termasuk didalam bab meninggalkan atau melewatkan solat sehingga habis waktunya. Solat tersebut dibenarkan sebagaimana hadith Abu Musa al-Asy'ari ra. meriwayatkan bahawa ada seseorang datang kepada Nabi saw dan bertanyakan baginda mengenai waktu solat, dan baginda menjelaskan waktu AWAL dan waktu AKHIR solat, dan baginda bersabda :- "Waktunya adalah antara dua ini" (????????? ?????? ???????? ) [Hadith Riwayat Muslim #614].

    Seseorang itu hendaklah tidak berterusan melakukan solat dihujung-hujung waktu, ditakuti ia termasuk didalam waktu-waktu haram melakukan solat. Contohnya melakukan solat Asar sewaktu matahari sudah kuning-kuningan.

    Melewatkan solat juga melibatkan seseorang itu melakukan perkara yang makruh atau sebahagian ulama' mengatakan perkara yang haram, iaitu meninggalkan solat berjemaah. Begitu juga dengan persoalan ajal atau maut, yang tidak mungkin MAUT menunggu seseorang itu dari melakukan solat jika dia tidak menunaikannya pada awal waktu tersebut.

    Namun demikian, dibenarkan seseorang itu melewatkan solat dengan beberapa sebab-sebab yang dibenarkan syara', misalnya, seseorang yang bermusafir yang mengetahui solat tersebut masih boleh dilakukan apabila kapal terbang mendarat. Didalam permasalahan ini lebih baik seseorang itu melakukan solat pada waktunya (walaupun sedikit lewat) dari menjama'kannya. Begitu juga menjadi sunnah melewatkan solat Isya', termasuklah mengadakan majlis ilmu. WA.

    Sekian, wassalam

  • Syeemer Hasif Al - Faiz
    Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading
    answered Sunday, 25th January 2015
    Report
    haram mengikut syarak islam

  • Zariq Sofea
    Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kota Tinggi
    answered Tuesday, 19th January 2016
    Report
    hukumnya berdosa

  • Luqman Hakim
    Sekolah Menengah Kebangsaan Seg Hwa (cf)
    answered Tuesday, 9th August 2016
    Report
    berdosa