Nur
Sekolah Jenis Kebangsaan (c) Chiau Min answered Saturday, 19th October 2013 Accepted Answer
kata pemeri - kata yang yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek dan sebagai pemisah antara subjek dengan predikat ayat. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu 'ialah' dan 'adalah'. Kata pemeri tergolong dalam kata tugas. Pada umumnya, kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Perkataan "ialah" itu terdiri daripada "ya" dan "lah", bukannya "ia" orang ketiga. "Ya" menyatakan kebenaran.
- "Ialah" hanya diguna apabila ayat memberi definisi. contoh:
"Perlembagaan sesebuah negara itu IALAH undang-undang tubuh badan negara tersebut."
- "Adalah" pula bagi membuat penerangan kepada sesuatu perkataan atau ungkapan. contoh:
Pedati ADALAH nama lama untuk kereta lembu. Bapa saya ADALAH seorang guru.