Jason Raj
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda answered Monday, 29th September 2014 Report
Kebanyakan mikroorganisma berbentuk ekasel (sel tunggal), tetapi ciri ini tidak sejagat kerana sesetengah organisma multisel juga berbentuk mikroskopik, manakala sesetengah protis dan bakteria ekasel (misalnya Thiomargarita namibiensis) berbentuk makroskopik dan dapat dilihat dengan mata kasar. Mikroorganisma hidup di semua bahagian biosfera yang memiliki air cecair, termasuk:
tanih, mata air panas, dasar lautan; atmosfera di atas; dan batu-batu di dalam kerak bumi. Mikroorganisma sangat penting kepada pengitaran semula nutrien di dalam ekosistem kerana ia bertindak sebagai pereput. Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting kepada kitar nitrogen, dengan kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa mikrob bawaan udara mungkin memainkan peranan yang penting dalam kerpasan dan cuaca.
Dineswary
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah answered Monday, 27th October 2014 Report
fungi are organisms without chlorophyll. they cannot produce their own food