3
answers
1125
user views

Form 3 :: Kemahiran Hidup

by Evelyn - Sunday, 24th September 2017

Report Post Answer

Menyatakan semua jenis kemasan serta alatan yang digunakan bersamanya
3 Answers
  • Prathibavijayaa
    Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
    answered Wednesday, 27th September 2017
    Report
    Syelek

    1. Syelek terdapat dalam bentuk kepingan atau cecair

    2. Ia terdiri daripada syelek jernih atau syelek jigga
    3. Pelarut syelek ialah spirit metil

    4. Syelek digunakan untuk kemasan permukaan kayu supaya kecantikan urat kayu boleh dilihat

    5. Berus syelek digunakan untuk menyapu syelek

    6. Kelebihan kemasan syelek ialah :
    a. Harganya murah, cepat kering, dan mudah digunakan
    b. Kecantikan urat kayu jelas dilihat

    7. Cara menyapu syelek adalah seperti berikut:
    a. Licinkan permukaan projek dengan kertas las dan bersihkan dengan kain
    b. Sapukan syelek dengan menggunakan berus syelek mengikut urat kayu dan biarkan kering
    c. Gosokkan permukaan projek dengan kertas las halus secara perlahan dan bersihkan dengan kain
    d. Sapukan lapisan yang kedua
    e. Bersihkan berus dengan spirit metil diikuti dengan air suam yang bersabun
    f. Gantungkan berus syelek pada rak atau panel berus

    Tona Kayu



    1. Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat dan lut sinar yang boleh memaparkan warna asal kayu

    2. Pelarut tona kayu ialah turpentin

    3. Ia disapu pada permukaan kayu dengan menggunakan berus cat

    4. Beberapa lapisan tona kayu boleh disapu untuk mendapatkan hasil kemasan yang lebih berkilat

    Lekar



    1. Lekar boleh didapati dalam bentuk semburan atau cecair

    2. Ia disapu sebagai lapisan kemasan terakhir untuk mengilatkan permukaan kayu

    3. Pelarut lekar ialah thinner

    4. Lekar boleh disapu sebagai lapisan terkahir selepas kemasan syelek. Ia dapat mengekalkan warna kayu

    Pelekat (sticker)



    1. Pelekat dgunakan untuk menghias projek supaya projek kelihatan menarik

    2. Ia boleh didapati dalam bentuk siap berglu atau berpelekat

    3. Sebelum menampal pelekat, pastikan permukaan projek bersih, tidak berair, dan tidak berminyak

    4. Satu lapisan lekar jernih boleh disapukan pada pelekat untuk melindungi dan menambahkan kecantikan pelekat

  • Sanjeevan

    answered Tuesday, 19th December 2017
    Report
    1.playar

  • Sanjeevan

    answered Tuesday, 19th December 2017
    Report
    1.playar