2
answers
15917
user views

Form 3 :: Sejarah

by Nur Eimanyna - Friday, 27th January 2017

Report Post Answer

Berdasarkan faktor-faktor malayan union,pada pandangan anda apakah kesan kepada masyarakat tempatan sekiranya malayan union diteruskan?(4 markah)
2 Answers
  • Nur `isyah Suffyea Binti Sabri
    Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat
    answered Monday, 30th January 2017
    Report
    Kesan penubuhan Malayan Union kepada masyarakat tempatan ialah orang Melayu akan kehilangan status quo kerana Malayan Union memperkenalkan prinsip jus soli. Kesannya, Tanah Melayu akan dimonopoli oleh warga asing kerana kewarganegaraan yang diperoleh dengan syarat terbuka. Oleh itu, kita hendaklan mengembleng tenaga dalam mempertahankan negara daripada kuasa asing agar hak peribumi terpelihara.


    ni cara jawab KBAT. kena ada Isi, huraian, huraian lengkap/kesan/akibat, inferens/penegasan/kesimpulan. setiap satu tu satu markah.

  • Ahmad Azir Irfan
    Integrated Islamic School
    answered Saturday, 3rd March 2018
    Report
    Jika gagasan malayan union diteruskan sehingga kini,kuasa sultan akan mula tergugat dan akhirnya,hanya menjadi tali barut pemerintahan MU.Malayan Union ditubuhkan bukan sahaja ingin menyatukan kesemua negeri2 tanah melayu,malah menubuhkan majlis majlis seperti majlis undangan negeri dan majlis eksekutif di tanah Melayu demi menyatukan kita semua.Selain itu,kehilangan kuasa bagi sultan bermakna kehilangan kedaulatan orang Melayu sendirj.Status mereka akan dijadikan tanah jajahan oleh British dan mungkin tidak mencapai kemerdekaan sehingga kini.Tambahan pula,liberalisme yg melampau ialah sikap yg buruk kepada orang melayu.Ini menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan Orang Melayu.