Farisha Amira
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim answered Tuesday, 20th May 2014 Report
Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. 2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama. 3.Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan
Bagai aur dengan tebing =Maksud - tolong-menolong antara satu dengan yang lain Bagai bunyi cempedak jatuh = Maksud - bunyi jatuh yang kuat
Anis Zahira
Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama answered Thursday, 29th May 2014 Report
Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempuyai maksud tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.
Contoh Perumpamaan dan Maksudnya.
Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya Bagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hanya mementingkan diri sendiri Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja Bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang Bagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-sia Bagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnya Bagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata pasangan yang sama padan dan sama cantik Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinya Seperti abu di atas tunggul / Seperti telur di hujung tanduk kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin Seperti anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung Seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduh
Wani
Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana answered Wednesday, 4th June 2014 Report
Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat
Kamal
Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok answered Sunday, 15th June 2014 Report
perumpaan ni selalu ada "umpama" di depan ayat tu..contohnya macam "Umpama bulan jatuh ke riba"